Wednesday, March 17, 2010

Putaran Roda

0

Aku dah dapat mengagak hal macam ni akan berlaku. Kegembiraan itu tak semestinya berkekalan. Dan seperti aku beberapa hari ini sudah mula ada tanda-tanda roda putaran aku semakin ke bawah. Sungguh aku rasa macam nak tampar seseorang atau mungkin juga rasa seperti ingin ditampar??
Dari mana mulanya? Aku sendiri tak pasti. Dan yang aku pasti, itu memanglah kurang ajar.
Kalau itu adalah salah kau, kebodohan dan kelalaian kau, tak perlu la kau menghukum orang lain.
Dan kerana kebodohan dan kelalaian kau itu, ia telah mengganggu hidup aku...
Dan yang pasti untuk aku memikirkan itu adalah buang masa tapi kenapa sangat lah sukar untuk aku untuk tidak peduli???
Okay, mungkin juga sebab gusi aku sakit jadi macam tak ada mood sikit. Hm, betul lah kata mak... kalau sakit gigi memang rasa nak tampar orang (lebih kurang dengan gusi la tu).
Tapi rasa malas juga la nak pergi cairex esok (tak ada kaitan) ;D

No comments:

Popular Posts