Sunday, July 25, 2010

Hikayat Tok Su 2

0
Dalam perjalanan, tak semena-mena si bongsu hilang kawalan diri. Bagai orang gila Si bongsu melalak, berlari tanpa arah, turun sungai dan macam-macam lagi. Si bongsu sakit, sakit gila mungkin. Tak siapa tahu kenapa. Sebulan si bongsu macam tu tetap tak berubah. Si dara masih bertahan kerana si bongsu yang disayanginya. Mereka tinggal dirumah mereka, berdua. Si Dara masih bertahan. Dalam tempoh itu, dara tak jemu2 berikhtiar untuk suaminya.
Kesabaran Dara ada batasnya, Dara kembali kepangkuan keluarga. Meninggalkan si Bongsu yang gila.
Tiga orang kakak si bongsu terus berikhtiar mengubati si Bongsu. Biarlah cinta Dara beralih, itu tidak penting lagi buat masa genting ini.
Beratus-ratus bomoh dikunjungi, dijemput untuk mengubati si Bongsu. Atau mungkinkah ribu??
Beribu-ribu jugalah wang ringgit dihabiskan. Malah, ada yang cuba mengambil kesempatan. Mengajak si Bongsu tinggal bersama, kononnya untuk merawat sambil menjaga si Bongsu. Lama si Bongsu disana, maka pergilah keluarga untuk bertanya khabar berita. Si Bongsu yang dikatakan berubat menjadi gembala kambing untuk bomoh yang penipu. Dibawa mereka si Bongsu untuk pulang bersama...

(to be continue)

Tuesday, July 20, 2010

Hikayat Tok Su 1

0

Pada satu masa yang lalu, masa yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kisah ini terjadi nun di utara Malaysia. Alkisah keluarga kecil, empat beradik sahaja. Yang bongsu, sudah mencecah usia 35 tahun tetapi masih teruna. Bukan kerana tiada pilihan hati, tetapi orang tua yang tak sudi. Tidak berharta tetapi rupanya yang kacak menjadi bualan gadis-gadis desa.

Suatu hari, seorang gadis telah berjaya mencuri hatinya, dari cuma sekadar jelingan manja akhirnya berakhir dengan penyatuan dua hati. Sama cantik sama padan duduk bersanding dipelamin idaman. Bongsu bahagia.

Majlis suci penuh meriah, tak siapa tahu ada yang marah. Entah berapa pasang mata yang cemburu melihat si Dara yang jelita menjadi milik si bongsu yang tak berharta. Syaitan telah menguasai diri si Amarah, yang menghasut untuk bertindak sesuatu.

Malam itu adalah malam pertama si Dara dan si Bongsu. Si Dara menuggu dirumah ibunya, manakala si bongsu sedang bersiap-siap untuk ke rumah si Dara. Dengan hati yang berbunga si bongsu meredah malam. Seorang diri. Dalam perjalanan..........

(to be continue)

Wednesday, July 7, 2010

selamat memandu...

2
Oh, kenapa posting hari ni sangat bosan tajuknya? Biarlah... ada sesuatu yang penting untuk dikongsi dengan pemandu-pemandu kat Malaysia ni.

Aku seorang penunggang motosikal, aku mengaku aku tak pandai sangat dan ada juga buat salah. Tapi aku tak pernah hon2 orang yang buat salah tau.

Sakit hati aku bila di 'hon' padahal bukan salah kita pun. Bawak slow ikut orang depan pun kena hon...Aku stop kat lampu merah pun kena hon. Bodoh la pemandu kereta tu, nak suruh aku langgar lampu merah la tu. Kalau aku kemalangan, salah siapa?? Kau nak bayar aku??

Ada yang keluar simpang mendadak, nak memotong kat selekoh, menghimpit dan macam-macam la. Macam mana entah dapat lesen.

Aku siap tampal sticker P lagi, jadi bagi can la... Tak payah la kalut nak potong. Motor jugak yang sampai dulu nanti (selit2, biasa la).
Akhir kata, memandulah dengan lebih berhati-hati dan Cool.


Sunday, July 4, 2010

pergi3x

0
Benci aku dengan rasa ni...
Dah la dengan ketidakselesaan yang sedia ada
Tambah plak lagi rasa tak selesa
Tolonglah, aku sangat tak suka

Pergilah hai rasa gatal yang menggila...

Serta sakit perut yang kurasa.

Popular Posts