Tuesday, July 20, 2010

Hikayat Tok Su 1

0

Pada satu masa yang lalu, masa yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kisah ini terjadi nun di utara Malaysia. Alkisah keluarga kecil, empat beradik sahaja. Yang bongsu, sudah mencecah usia 35 tahun tetapi masih teruna. Bukan kerana tiada pilihan hati, tetapi orang tua yang tak sudi. Tidak berharta tetapi rupanya yang kacak menjadi bualan gadis-gadis desa.

Suatu hari, seorang gadis telah berjaya mencuri hatinya, dari cuma sekadar jelingan manja akhirnya berakhir dengan penyatuan dua hati. Sama cantik sama padan duduk bersanding dipelamin idaman. Bongsu bahagia.

Majlis suci penuh meriah, tak siapa tahu ada yang marah. Entah berapa pasang mata yang cemburu melihat si Dara yang jelita menjadi milik si bongsu yang tak berharta. Syaitan telah menguasai diri si Amarah, yang menghasut untuk bertindak sesuatu.

Malam itu adalah malam pertama si Dara dan si Bongsu. Si Dara menuggu dirumah ibunya, manakala si bongsu sedang bersiap-siap untuk ke rumah si Dara. Dengan hati yang berbunga si bongsu meredah malam. Seorang diri. Dalam perjalanan..........

(to be continue)

No comments:

Popular Posts