Sunday, July 25, 2010

Hikayat Tok Su 2

0
Dalam perjalanan, tak semena-mena si bongsu hilang kawalan diri. Bagai orang gila Si bongsu melalak, berlari tanpa arah, turun sungai dan macam-macam lagi. Si bongsu sakit, sakit gila mungkin. Tak siapa tahu kenapa. Sebulan si bongsu macam tu tetap tak berubah. Si dara masih bertahan kerana si bongsu yang disayanginya. Mereka tinggal dirumah mereka, berdua. Si Dara masih bertahan. Dalam tempoh itu, dara tak jemu2 berikhtiar untuk suaminya.
Kesabaran Dara ada batasnya, Dara kembali kepangkuan keluarga. Meninggalkan si Bongsu yang gila.
Tiga orang kakak si bongsu terus berikhtiar mengubati si Bongsu. Biarlah cinta Dara beralih, itu tidak penting lagi buat masa genting ini.
Beratus-ratus bomoh dikunjungi, dijemput untuk mengubati si Bongsu. Atau mungkinkah ribu??
Beribu-ribu jugalah wang ringgit dihabiskan. Malah, ada yang cuba mengambil kesempatan. Mengajak si Bongsu tinggal bersama, kononnya untuk merawat sambil menjaga si Bongsu. Lama si Bongsu disana, maka pergilah keluarga untuk bertanya khabar berita. Si Bongsu yang dikatakan berubat menjadi gembala kambing untuk bomoh yang penipu. Dibawa mereka si Bongsu untuk pulang bersama...

(to be continue)

No comments:

Popular Posts