Sunday, January 31, 2010

Masih pasal cemburu

0
Aissssssssssssssh.... [orang cakap tak baik mengeluh!!]
Aku cemburu melihat (dan mendengar) kemesraan itu....[agh, rasa nak jerit]
Sudah lama sebenarnya aku menyedari kesilapan aku dan kebodohan aku terhadapmu. Tapi dalam pada itu, aku kecewa dengan kamu yang berhati batu dan tidak faham aku [dan mengabaikan aku lagi bila bersama temanmu].
Salahkah aku mengundur diri untuk memberimu ruang [dan kemudian aku dipersalahkan].
Kesimpulannya,
walau ada aku atau tidak disisimu, kamu masih bahagia. kamu masih ceria. kamu masih gembira.
Patutkah aku berpura tiada rasa terhadapmu lagi [dan berlagak biasa, aku suka lihat kamu].
Atau terus berpaling agar rasa itu jauh dariku [sekurang-kurangnya aku tak cemburu melihatmu]
Kalaulah kau bisa mengerti hatiku [patutnya dari dulu] dan tidak membiarkan orang lain diantara kita....

(termenung...)

Friday, January 29, 2010

Aku C.E.M.B.U.R.U

0

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia cium bibir merahmu
Didepan kedua mataku
Hatiku terbakar jadinya cantik
Aku cemburu

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia peluk tubuh indahmu
Didepan teman-temanku
Makan hati jadinya cantik
Aku cemburu

Meskipun aku pacar rahasiamu
Meskipun aku selalu yang kedua
Tapi aku manusia mudah sakit hatinya

Mungkin memang nasibku
Yang slalu menunggu
Untuk jadi yang pertama

Mungkinku katakan padanya saja
Bahwa aku juga milikmu
Bahwa aku juga.....
Bahwa aku juga kekasih hatimu

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia peluk tubuh indahmu
Didepan teman-temanku
Makan hati jadinya cantik
Aku cemburu .....


*Dewa 19 - Cemburu*

Lagu ni sebagai tema untuk post aku kali ini sahaja. bukannya aku meletakkan diri aku dalam situasi yang sebegitu tapi dalam situasi yang berbeda.

Maksud aku adalah bila aku suka melihat sesuatu yang cantik tapi dalam masa yang sama aku cemburu melihat gadis-gadis cantik, apatah lagi yang bergaya stylo. Tu belum termasuk aku cemburu melihat merpati dua sejoli (adakah ini tanda-tanda lanjut usia? hehehe). Jadi, kena la aku cepat-cepat cari teman lelaki. Kalau tak, lama-lama aku akan jadi lebih pelik sebab kesunyian tanpa kehadiran insan bernama kekasih.

Tapi betul ke kalau kita sendiri memang kita akan jadi pelik? macam cerita yang aku pernah dengar ni, "andartu" dekat office mesti baran la, mendengki dengan staf baru apatah lagi yang cun dan muda. kalau betul (alamak!!) aku mungkin sedang menghampiri fasa itu.. OMG!! ini SERIUS...

Jadi, bagaimanakah langkah-langkah untuk menjadi cantik dan bergaya stylo? dan bagaimanakah pula cara-cara untuk mencari pasangan kekasih? hm, mungkin kita patut mengkaji balik dari awalan.

Pertama:
Untuk tampil cantik, kena la buat perawatan wajah. Dengan mengamalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan akan menghasilkan kulit yang cantik .
Kedua:
Untuk tampil bergaya dan stylo. ops, maaf... masih belum dapat kukaji sebaik mungkin. tapi yang pasti, mesti yakin dan selesa dengan apa yang kita pakai. (malang sungguh...)

Ketiga:
Ni lagi satu. orang lelaki memang sukar difahami bagi aku. Ada seorang yang aku kenal ni, masa komen-komen di facebook memang selalu aja buat aku makan hati dan tersentap tapi bila berhadapan dengan dia tak pula sekejam ayat komen dia. selagi tak fahami lelaki, selagi tu la tak mungkin berhasil mencari kekasih. (huh! surrender la.. mak tolong carikan...)

Wednesday, January 27, 2010

not really excited

2
Semalam aku dah beli handphone baru yang ada 3G. Tapi tah kenapa tak adalah teruja sangat seperti yang sepatutnya. Mungkin tak dapat kabel, jadi susah sikit nak tangkap gambar macam2 dan taruk kat sini (mungkin juga tak cantik sangat).

+oit Druckuler, cobe bershukur sikit... hari tu kan nak handphone baru, dah dapat cobe hargai.
-yela2...
+cam tak ikhlas jek. kalau kita hargai dia, dia akan perform good kat kita.
-baik, lama2 nanti sayang la...(dah semakin sayang ni)

Alamak, tak ada gambar pulak. Tauke tu cakap ni handphone baru.

Hadis 40 yang kelapan belas

0

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

Monday, January 25, 2010

Hadis 40 yang ketujuh belas

0
Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "

mee segera cara saya (yang tak berapa segera)

0
maaf lah, tak ada gambar. klik disini ya.

idea sangat banyak

2
Semalam sedikit terisi aktiviti harian ku. Bangun pagi, (not really pagi actually) terus jemur tilam, basuh baju dan basuh cadar juga, sapu sampah dibilik dan diruang tamu, sapu kat dapur sikit2. then take a shower. After that pergi buang sampah kat bawah. wah, so rajin (perasan gila)... Then, main facebook kejap, jemur baju dan kemudian mula masak. Sardin (tak penting pun sebenarnya)... Suraya ajak ikut jalan2 dengan Ida (kawan Su, then now my friend juga kot?). Mulanya punya jual mahal tak nak ikut, last2 ikut juga. Dah merayap-rayap baru terdetik kat hati,

'nasib baik ikut, kalau tak (mau bosan gila)...'

Mulanya cuma nak cari seluar (tak berkenan sangat tapi beli juga), lepas tolong Su pilih baju 'ter'berkenan pula kat satu beg ni... recommend kat Su tapi Su nak warna coklat. Dia tak nak, so sambar la (hehe, teruknya aku).



beg yang aku terbeli, RM 55 (cute kan?)

Tauke tu siap suruh 'contact' dia hantar dari DP kot (kami di MP) tapi keputusan akhir, Su pilih beg lain. Bleh plak cina tu cakap:

'tak apa, bukan saya jalan ma'

bila Su cakap sorry sebab beli beg lain (ish3). Separuh hari berjalan akibatnya, muka ku jadi macam ruam2 sikit. tak tau la kenapa (sedih...).

Berkaitan dengan 'projek' aku, semalam2 tak ada idea tapi bila badan dah letih macam ni baru idea melimpah-limpah. Tapi dah ngantuk sangat ni, esok la sambung. Harap2 idea tu tak hilang lagi. Agh, banyak ni nak buat...!!!


Saturday, January 23, 2010

wow hanis zalikha!!

0
Aku baru lepas belek blog Cik Hanis ni. Blog template cuma kelabu tapi dihias cantik dengan gambar2 modeling dan tulisan yang menarik dan tak jemu dibaca plus tips yang berguna. tapi isunya disini bukan hanya pasal blog dia tapi bertapa bertuahnya insan yang bernama Hanis Zaliha ni. Sudah la cantik bergaya, hidup berkerjaya dan berdikari, glamour malahan pandai pula. aduh, such a perfect life she had.

Haha, aku sebenarnya tengah cari tips untuk tampil anggun, cantik, berkeyakinan dan sebagainya la. Dan tak salah aku rasa untuk menjadikan cik Hanis ni seorang idola. Bertuahnya badan, muda2 lagi dah mampu menjana pendapatan sendiri. Aku pun nak famili aku berbangga dengan aku juga dan aku akan berusaha, yeah!!

Jadi Cik Atiqah @ druckuler, you go girl.............!!!!!!!!!!

Hadis 40 yang keenam belas

0
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "



Respond to Tun Mahadhir post

0
http://chedet.co.cc/chedetblog

I'm not the one who support him a long time ago. i'm not the one who like him. But now, when I grow up and become matured, i realised what he had done for Malaysia. yea, i have to admit that not all people can understand others. To me, other than Tunku Abdul Rahman, Tun Mahadhir bring a lot of changes and improvement to Malaysia.

what make me frust is the person who stay behind him a long time ago, when he still a prime minister are tend to argue him. i'm not the one who follows the political issues but based on my view, i agree with him on the event of September 11, 2010. there is nothing impossible with the "orang kafir", they always try to destroy a muslim.

Friday, January 22, 2010

new shoe

0
*tarik nafas*

Tadi ikut housemate yang nak balik bercuti pergi Melaka Sentral (MC-tak tau la kenapa ejaannya 's'). Kecemasan, kawan kusayang nak pinjam duit untuk ke KL tapi tak ada duit. Bukan sebab dia boros tapi sebab duit dia dipinjam orang. Nak pergi KL pun bukan sebab nak enjoy tapi ada majlis apa entah untuk budak-budak DL. Aku tabik juga kat dia sebab kaki jalan jugak, bercintan-cintun pun ya juga tapi pandai.

Lepas tu, aku memborong di Tesco. tah apa yang dibeli sampai habes RM40 tapi tak ada la nampak sangat pun barang yang aku beli tu. Dan lagi satu, kasut baru... wedges la. tak ada la aku tertekan atau apa tapi beli ja la. nanti-nanti pun aku beli juga, nak pakai kan... selamba kadok ja aku beli, nasib baik ada duit dalam purse. Rasa puas!!!



putih kesukaanku... berharga RM70

okay druckuler, start from now.... berjimat!!!
hahaha

*senyum puas*

Hadis 40 yang kelima belas

0
Hadis kelima belas

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

Thursday, January 21, 2010

Hadis 40 yang keempat belas

0
Hadis keempat belas

Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasullullah SAW : 'Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab : janda yang berzina, jiwa dengan jiwa (membunuh tanpa hak) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'


Wednesday, January 20, 2010

Hadis 40 yang ketiga belas

0
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

keterujaan

0
tadi baru ambil laptop yang telah diformat semalam. aku sungguh teruja, sebabnya dalamnya semua tersusun cantik dan tak la rasa semak macam sebelum ni. dan juga, microsoft office pun da ada. murah pulak tu, dalam RM 35 je.



dalam library... adoi, selekehnya...

next target is, i want to buy a handset but still not sure the model... and where to buy. tak pandai la nak survey handset ni... yang penting kamera. aku nak menjalankan idea aku yang bercambah-cambah dalam otakku ini... nantikan kemunculan versi baru hobiku di blogger.com ni...

Tuesday, January 5, 2010

azam baru??

0
sudah beberapa hari berlalu tapi aku masih memikirkan azam tahun baru. ada ke?? ehm, ada tapi tak tau la ada berapa ni. tu la, selagi tak 'state'kan selagi tu la kita tak akan pasti. banyak komen positif dan negatif pasal azam yang aku dengar. yang negatif antaranya: tak berguna berazam kalau yang lepas2 pun tak tercapai... dan lagi, tak guna kau canang2 tapi berubahnya tidak.
dan secara positifnya, aku anggap itu semua cabaran dan supaya kita tak terlupa azam kita.
dan dengan itu, nak juga aku canang2kan selain peringatan untuk aku yang mudah lupa ni juga.

DENGAN INI, saya Nurul Atiqah binti Marzuki berazam....
1. akan menjadi seorang yang KOOL dan CONFIDENT
2. akan berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai target 4.00 GPA
3. akan sentiasa berfikiran POSITIF tidak kira dalam apa jua situasi
4. akan berusaha untuk menjadi yang PANTAS dan TUNTAS dalam mencapai target
5. akan berusaha untuk menjadi gadis yang CANTIK serta menjadi kegilaan muda dan mudi
6. akan belajar untuk MEMAHAMI hati orang lain dan belajar MEMUJUK
7. akan BERKERJA KERAS
8. akan BERJIMAT CERMAT
9. akan berusaha menurunkan saiz badan kepada S
10. akan menjadi lebih MATANG dalam apa jua situasi

aku bertekat untuk menjadikan misi ini tercapai dalam masa 3 bulan dari sekarang, yeah!!

Popular Posts