Saturday, February 27, 2010

melapangkan kehidupan yang sempit

0
Ini adalah beberapa petua yang aku dapat dari majalah dua tahun lepas. Rasanya tak salah aku update untuk mengingatkan diri aku sendiri dan blogger2 yang singgah. Kata Dr Tuah ia adalah kunci, siapa tahu ia benar2 boleh membuka pintu2 rezeki...

** Dalam Surah al-A'raf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud...

"dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langitt dam bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

Ayat ini bermaksud, kalau kita beriman dan bertakwa, Allah akan membuka kurniaan dari langit dan bumi. rezeki ini bukan hanya wang ringgit, ia juga termasuklah kesihatan, kebahagiaan, dan bebas dari petaka. Malah, semua yang baik2 juga adalah rezeki.

** Banyakkan berdoa sebab doa boleh mengubah takdir.

** Banyak-banyakkan bersedekah. Ini kerana Allah telah berjanji melalui firmanNya bahawa akan menggantikan apa sahaja yang didermakan dijalanNya malahan lebih.

** Berbuat baik kepada ibu bapa. Kalau keduanya telah tiada, berbuat baiklah kepada orang tua terutama yang ada pertalian darah.

** Beristighfar banyak-banyak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masaalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra)

** Solat duha.

** Baca Surah al-Waqi'ah.

Al-Dailami meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu Surah al-Waqi'ah kerana ia adalah surah kekayaan."

** Beri makan haiwan
(kenalah bela ikan ke lepas ni... tapi rasa macam nak bela ayam... tapi mana boleh bela ayam kat sini...)

** Jangan menyeksa binatang.
(erk, teringat kekejaman ku keatas ayam...)

** Jaga silaturahim. Rasulullah bersabda;

"sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim."
(Hadis riwayat Bukhari)

** Bayar zakat.
sesiapa yang sudah kerja dan memperoleh pendapatan yang berlebih-lebihan tu memang la patut sangat keluarkan zakat. Ini kerana, kadang-kadang Allah turunkan rezeki kepada orang lain melalui kita (macam kenal je ayat ni...)

** Menyempatkan diri beribadah. Firman Allah SWT dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud;

"wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak menutup kefakiranmu."
(riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah ra)

** Tinggalkan perbuatan dosa. Rasulullah bersabda yang bermaksud,

" ...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosayang dibuatnya."
(riwayat at-Tirmidzi)

** Buat baik dan tolong orang yang lemah. Dasarnya hadis Rasulullah yang bermaksud;

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dikalangan kamu."
(riwayat bukhari)

** Tunaikan hajat orang. Allah akan lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW;

"siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hayatnya..."
(riwayat Muslim)

p/s: jikalau kita tak dapat melakukan kesemuanya, janganlah semuanya kita tinggalkan. Buatlah mana-man yang boleh, terutamanya yang tidak memerlukan apa-apa modal.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki...amen!!

Friday, February 19, 2010

apa yang best dengan merantau jauh???

0
Aku menulis ini bedasarkan pengalaman aku selama lebih kurang lima tahun merantau dinegeri orang. Semua ini semata-mata untuk menuntut ilmu dan merubah taraf ekonomi keluarga aku dan juga bangsa dan agamaku.
Okay, isinya disini pasal seorang kenalan aku yang tinggal di Johor. Katanya dia tak pernah naik bas jauh2 macam aku ni, teringin nak merasa debaran dan keghairahan untuk pulang ke kampung sekali sekala macam aku ni. Alkisahnya seminggu yang lepas dia hantar aku ke Melaka Sentral, demi nak merasa macam mana perasaan tu, beg aku disandangnya sampai tak nak letak kat bawah (aku da suh letak tapi dia tak nak, nasib baik tak berat..). Ada la juga gaya nak naik bas sekali (boleh, ditempat barang...)


with Yogies Yani yang tak pernah merantau...

Dan aku nak ceritakan disini bertapa "best"nya perjalanan aku hari ni, naik bas ke Melaka balik.
Perjalanan aku dari rumah ke 'bus stand' yang kemudian menaiki bas ke Shahab Perdana (45 minit perjalanan).
Setibanya aku, pergi tandas, cheack tiket, naik bas, bas bertolak: semuanya perlu dilaporkan ke rumah (tapi tadi siang aku malas dan hantar mesej untuk semua tu jadi 3 sahaja).
Bas bertolak, 11.20 am (lebih kurang).
Perjalanan terus ke RnR Tapah (3.30 pm), aku masih okay.
Teruskan perjalanan dan singgah dibeberapa tempat untuk menurunkan penumpang.
5.30 pm, aku dah penat dan rasa loya (ah, sudah...), aku ada beli mangga muda tapi tak boleh makan sebab gusi sakit (chait!!).
Entah pukul berapa, aku menyesal ambil bas siang.
6.16 pm, Su mesej tak jadi balik hari ni. (podacit!!!)
7.12 pm, jiran sebelah tanya aku 'simple questions', aku lagi pening... soalan: ini mana? Muar? pkul brapa? malacca (sambil menunjuk ke luar)?
setiap masa, bila nak sampai ni....
8.45 pm, akhirnya sampai juga. Sampai nak muntah, tapi tak terkeluar...

Hm, tak ada apa yang best dengan balik kampung jauh2 ni. Aku selalu berharap ada jet @ satu kenderaan yang laju dicipta dimuka bumi ini...

Wednesday, February 10, 2010

Al Fatihah

5
Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada senior aku masa part one, Nawal Abdul Aziz.
Alkisahnya yang kemalangan di Kedah dan cerita selanjutnya tak pasti. Aku tidaklah rapat sangat dengan arwah serapat aku dan kak Wonder tapi aku turut merasa kesedihan itu. Berita tu sungguh mengejutkan aku dan aku seperti masih belum percaya.
Dia seorang senior yang baik, aku tak akan lupakan memori kami bermain hujan lebat di blok c...
Aku teringat bertapa rapatnya dia dengan kak Fuzan. Gurauan mereka yang comel, pasti kak Fuzan sangat sedih. Aku baca status kak Fuzan dan komen2 dah sedih apatah lagi kak Fuzan.
Teringat juga aku kes part 6 dengan MT blok dan RS.
Aku sebenarnya sangat berharap sebelum ni agar dapat jumpa kak Fuzan dan kak Nawal (rindu gurauan manja mereka) tapi... yang aku pasti, itu tak mungkin berlaku lagi.

'' kak Nawal seorang yang sangat baik.. dan dia sangat pandai... Aku tak percaya yang dia akan meninggalkan kita secepat ini.. Aku harap kak Fuzan akan kuat... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.."

aku tak tau nak cakap apa lagi... I'm speechless

Saturday, February 6, 2010

go green!!!

0
Ditahun baru 2010 ni, apa yang kita nak sumbangkan kepada bumi tempat tinggal kita yang kita sayangi? Thus, i decide to save our earth by try to reduce a trash. There 3 concept here, reuse reduce and recycle. Jadi, dengan ini aku ingin mengajak kawan2 untuk turut serta. Walaupun aku tau aku tak ramai pengikut, aku tidak mengajak kawan2 lakukan ini kerana aku, lakukan lah ini untuk bumi kita, generasi kita, negara kita, malahan agama kita.
Malah kalau kawan2 kreatif dan berotak bisnes boleh buat duit dengan barang2 lama dan barang yang kita anggap sampah (aku selalu terfikir ni tapi tak kreatif...).
Tak apa kalau tak kreatif, kita masih boleh tunjukkan keprihatinan kita dengan mengurangkan sampah, sebagai contoh... aku sudah beli botol air supaya nanti tak perlu lagi beli air botol dan seterusnya menyumbang sampah. Simple tapi sangat menyumbang.


botol air ni dibeli di popular, Tesco Melaka.

beg reuse Tesco

Boleh jugak bawa beg ni bila membeli belah, bukan cuma setakat di tesco malahan kat mana2 pun boleh. Tujuan kita kan nak kurangkan sampah, kalau setakat beg plastik tesco tu berapa sangat la orang bawa balik untuk diisi semula, kan? Yang lain2 terpulang kepada kawan2 sendiri untuk mengurangkan sampah.
Asingkan sampah adalah salah satu cara yang bagus, tapi yang tak bagusnya persoalan2 seperti;
1. berapa ramai orang asingkan sampah?
2. mana nak hantar sampah yang dah diasingkan?
3. bila saya nak hantar?
4. dimana pusat kitar semula?
5. ada kah masa saya untuk ke pusat kitar semula? (saya sangat sibuk)
6. dan lain2...

Tau apa lagi kelemahannya? sedangkan aku nak cari tong sampah pun susah, apatah lagi tong sampah khas untuk kitar semula. Sebab tu lah banyak sampah aku tengok di tepi jalan, dalam pasu, dan diatas padang [waktu pergi tengok busking band, lama juga aku jalan cari tong sampah.. dan mat saleh yang nyanyi tu siap tegur sampah2 yang ditinggalkan, malu aku sebagai warga yang pengotor. ~selingan sahaja~]
Banyak benda baik apabila kita lakukan rasa sangat bangga [kalau tak rasa maknanya terpaksa]. Sebagai contoh disini, cuba kawan2 makan di Restoran makanan segera yang menyediakan perkhidmatan layan diri seperti McD dan KFC. Selepas makan, kemaskan sendiri meja dan sambil nak pergi basuh tangan, bawa la dulang tu sekali dan buang sisa dalam tong sampah. Rasanya seperti jadi warga yang bertanggung jawab. Itulah yang orang2 putih buat, seperti juga kata orang putih, 'practice makes perfect'...
Cabaran seterusnya, sejauh mana kawan2 melihat cebisan kecil sebagai satu benda yang boleh dikitar semula (aku dah rasa) dan sejauh mana pula kita sanggup melaksanakannya (aku: errr...)


Friday, February 5, 2010

keinginan (sesekali teringin)

0

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Shima~Teringin

Kesibukkan telah membataskan keinginan aku tapi dalam pada masa yang sama juga telah meningkatkan keinginan aku.

Apa yang membataskan itu?
1- Farmville aku sudah dua tiga hari tak tanam tanaman baru (kehilangan profit disitu) dan pokok-pokok buah-buahan yang belum dipetik buahnya (lagi tak petik, lagi lama la kena tunggu untuk berbuah lagi).
2- Cafeworld pun sama. makanan dah lama tak masak...
3- Hobi tidur aku terbatas...
4- Blogging pun terbatas.
5- Aktiviti riadah (dalam rumah aje...) pun terbatas.
6- Lukis2 dah tak sempat (saya suka lukis2 walauun tak cantik). ye, lukis dikasut...

Apa pulak yang meningkatkan keinginan?
1- MAKAN!!!! ni paling tak bagus... macam mana nak kurus kalau tak kawal makan. Asal tengk makanan je, makan... asal makan je, mesti menterkedarah..
2- Keinginan terhadap duit sentiasa meningkat ye.... yang ni aku suka. Bila kita asyik memikirkan apa yang kita nak, otak (bukan sejenis makanan @ otak2) akan membantu kita untuk merealisasikannya.

Aku harap aku akan didatangi idea yang bernas untuk memulakan business. Druckuler, teruskan usaha!!!

Popular Posts