Monday, August 30, 2010

pengecut

0
Ya, sesetengah orang yang pengecut mungkin akan baling batu, kemudian sorok tangannya. Orang macam ni nampak baik didepan ibarat kata pijak semut tak penyet. Tapi kat belakang, mengumpat lah hobinya (aku la tu), melaga-lagakan orang, cerita itu tak suka, in tak baik... Masa senang tak ingat kawan, kawan mesej tak balas, tapi bila dah susah tahu pula cari balik kawan ni. Sebab dia tau kawan ni tak akan cerita perangai buruk dia, dia tau kawan ni akan simpan rahsia dia. Kalau dia bercerita kat kawan mengumpat dia sah-sah la kena kutuk balik. Sah-sah kena umpat.

Kadang-kadang kita tak sedar yang mana kawan dan yang mana lawan. Tapi bagus juga kalau kita jumpa orang yang macam ni, tak la nanti bila dah tua-tua baru nak jumpa, terkejut beruk macam aku baru jumpa dulu... Frust woo, macam putus cinta je rasanya. Penah jatuh tak? sakit kan? ha, cam tu lah rasanya.

Tahu nak tanganinya? Hm, ini penting tau. Anggap ja tak ada apa-apa yang berlaku, maafkanlah mereka disamping berdoa agar mereka berubah (aku makin berubah, sapa yang mendoakan tu terima kasih ek). Teruskan hidup dengan yakin, akhirnya semua tu akan berakhir macam angin ja (sudah tentu ada sikit parut).

Hm, aku tau sesetengah orang anggap benda ni remeh. Tapi sebenarnya agak parah kalau orang tu jenis tak kuat. Ada hikmahnya kenapa Islam mengharamkan kita mengumpat. Jadi, tinggal-tinggalkan lah hobi yang tak berfaedah tu...

Tuesday, August 24, 2010

mimpi terindah

0


Ye, aku alami mimpi terindah (setakat ini) dalam hidup aku semalam... Aku suka sangat mimpi tu dan kalau boleh aku nak abadikan mimpi ni secara record (kalau boleh...) atau apa-apa ja lah yang boleh membuatkan aku tak lupa mimpi ni.

Mimpi indah ni buat aku kebal pendengaran walaupun dah dikejutkan bangun sahur berkali-kali. Aku bangun sahur harini pukul 5.36 a.m, imsak pulak pukul 5.44 a.m... Tu lah penangan mimpi indah ni.

this guy la yang wat aku rasa bahagia...hak3

I LOVE ISAAC SLADE

Sunday, August 22, 2010

keranamu cicak

0
Alkisahnya berlaku di lampu isyarat. Terasa ada benda bergerak dalam helmet dekat tempat telinga tu. Terus aku bukak helmet nampak ekor dan kaki cicak. Uih, nasib baik aku pakai tudung, kalau free-free ja dapat ciuman percuma @ kalau masuk dalam telinga aku macam mana. Oleh sebab dia lari masuk balik (lagipun, apalah yang aku boleh buat kat situ) + lampu dah nak hijau tu, aku pun terus pakai balik.
Sepanjang perjalanan aku tak selesa. Drive laju2 sebab kalau berhenti aku rasa (dengar) si cicak tu bergerak-gerak. Dalam hati aku banyak perkara negatif muncul. Mustahil tak kalau aku cakap seekor cicak boleh mnyebabkan kemalangan??

Bedah siasat tak berjaya mengenal pasti punca pemandu ini hilang kawalan (kekeke)...


Cicak punca kematian??
Tu adalah antara tajuk akhbar y terlintas kat fikiran aku la... Ada lagi nak tambah? huhu~

Dan cicak tu ada lagi dalam helmet aku ni...apa aku patut buat untuk keluarkan En Cicak ni???

Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

0
Terasa lama tak berblogging. Ya, sepuluh hari agak lama. Hari Khamis malam Jumaat yang lepas aku bertolak ke Melaka. Perjalanan sungguh panjang dan jauh. Naik bas dari rumah ke Bukit Jalil, sampai pukul 5.00++ pagi. Sangat takut bersendirian (rasa menyesal turun BJ). Bertolak ke Melaka Sentral pukul 7 lebih, hm...ada student KBM yang nak jumpa advisor juga (aku tak tegur sebab tak pasti dia kenal ke tak).
Sampai MC, tunggu Wanja (sambil nikmati roti kegemaran), teman dia ke KBM walaupun sebenarnya destinasi aku adalah Lendu. Lepas tu baru ke Lendu. Pukul 3 lebih baru sampai, nak jumpa advisor kejap sangat. Kemudian ke Alor Gajah, tunggu Kak Mell (aku tumpang rumah dia untuk semalam, Thanks Kak Mell). Masa tunggu tu sempat lak terserempak dak KBM tadi (eh, jumpa advisor kat Lendu gak ke?). Tak sempat nak temu ramah (padahal dok sebelah ja) Kak Mell dah sampai. To cut a long story short, esoknya kami ke JomHeboh dan aku menumpang lagi malam tu, tapi tumpang kereta pulak ke Sungai Petani. I like the journey walaupun sebelum bertolak aku ada cakap, "i dont wanna go to Malacca... I hate problems" tapi, semua perkara telah di mudahkan Allah, Alhamdulillah...
Okay, aku nak cakap yang aku dan Kak Mell bukanlah artis (lalala~)



Ni kat tol utara SP


Seronok sangat tak ada kerja ni, rasa nak pergi Melaka lagi tapi bukan senang nak cuti... huhu
Akhir kata, Selamat Menyambur Ramadhan Al Mubarak semua~ happy fasting

Monday, August 2, 2010

ko pe hal??

2
Wah, sempoi tak tajuk post kali ni?? Ah, persetankan itu semua. Ni aku nak habaq dan cerita ni...
Apa yang terlintas kat kepala otak korang dengan keluarga yang besar @ adik beradik yang ramai?? kemungkinan-kemungkinan jawapan adalah,
~meriah
~kecoh
~best
~cemburu sesama adik beradik
~lg?? miskin...huh, miskin???
Ya, ni pengalaman yang baru aku lalui semalam. Aku tak tau kenapa otak manusia ni sangat terpempam sehinggakan dia fikir macam tu. Dah berusia tapi tak berfikiran luas langsung, dan lagi satu... dia sangka dia kelakar. Agaknya betul lah dunia dia kecik.
Aku ada kawan dari Eropah (Dublin, Ireland), bilamana aku cakap famili aku besar, how big? sembilan orang adik beradik, dia cakap sikit. Di Eropah lebih besar familinya.
Miskin? hm...famili aku tak kaya @ senang sangat tapi kami tak merempat. Ayah dan mak aku besarkan kami semua dengan hasil titik peluh diorang sendiri. Ayah aku tak berjudi untuk mendapat duit cepat dan banyak atau mintak Ah Long @ ceti. Ayah aku tak pernah serahkan kami kat orang untuk bela. Apa lagi??
Famili aku bayar untuk api, air dan bakal menyusul, line telefon tetap ke rumah kami. Bukan secara percuma macam orang lain dapat.
Kak aku yang sulung nurse, yang kedua kerja di Bukit Aman dengan lepasan Diploma Kolej Yayasan Melaka dan sekarang buat degree secara part time , yang ketiga kerja di Puchong dengan lepasan degree dari UPM, adik aku sedang belajar kat UiTM Arau sekarang. yang seterusnya lepasan STPM dan belajar sekolah lagi. So, apa yang nampak kesiannya?? Pendidikan kami terjaga.
Hm, mungkin juga famili dia sikit sangat adik beradik, so terkejut la bila dengar sembilan. Oh, yala...dia mana ada anak sebab she's never married. KESIAN!!!

Popular Posts