Thursday, April 29, 2010

rehat jap

0
Sekarang sebenarnya tengah study Reinsurance, tapi sangatlah tak ada mood. Tak tahulah kenapa. Tu la, selagi tak namanya last minit selagi tu lah en mahmood tak nak datang. Ish3.... en mahmood... en mahmood...

Tapi kan, tak tahu kenapa tetiba rasa menyampah dengan subject ni.. aish, jangan macam tu atiq oi, bahaya kalau hati tak ikhlas. Nanti apa yang dah belajar semua tak berkat, tu yang tak perform kat final tu.

Ada satu masaalah yang melanda hati aku ni, tapi rasanya okay kot. Aku ja yang selalu risau lebih, padahal dah kira2 rasanya cukup2 ja. Tak apa cik Atiq, boleh kau berdiet banyak ye.

Rasa seronok pulak rasanya tak dengar suara gelak2 Endon beberapa hari ni. Tapi asal nak focus study nanti ada la kot. Tension aku, dah la gelak kuat, entah apa yang kelakar tah (dia ingat dia dah cukup kelakar agaknya).. Dah la bajet hot (yaks!)....hehehe, maaf terlepas geram pulak.

Okay, jom mula!!

Tuesday, April 20, 2010

SENGIHku

0
Walaupun sekadar cuma melihat

Itu sudah bisa buat aku tersenyum bahagia

Walaupun sekadar mencuci mata

Dan itu pun bukan aku yang punya...



Sunday, April 18, 2010

monolog dalaman

0
Aku rindu dia...
bila ingat dia aku tersenyum sendiri...
bila ingat dia aku rasa bagai mahu melayang kesana...
tapi bila ingat aku berat, nanti susah nak balik kepangkal jalan

Aku rindu dia...
bila ingat dia aku sedih...
bila ingat dia aku kuatkan semangat untuk terus berjuang...
tapi bila aku ingat aku lemah, aku rasa tersisih

Aku rindu Dia...
bila aku ingat Dia aku malu...
bila aku ingat Dia baru aku tahu aku sangat teruk...
tapi bila aku ingat Dia sayangkan aku, aku jadi lebih tabah

Aku rindu dia...
bila aku ingat dia aku rasa gembira
bila aku ingat dia aku rasa bagai memberontak untuk kesana...
tapi bila ingat dia tak boleh kembali, aku terkenang sendiri

Dia kah yang benama Sayang, Kasih, Cinta dan Kenanganku???

Saturday, April 10, 2010

fun or not???

0
Hari ini, selepas waktu sekolah aku kerja lagi. Aku dialu-alukan. Miss Montel cakap seronok tengok aku sebab aku buat banyak kerja dengan pantas. Dan lagi, sebab aku, semua orang macam ceria tetiba (tak tau lah betul atau tidak). Tambah beliau lagi, Jack sangat gembira sebab ada aku, masa tu dia sangat terkinja-kinja (tapi Jack bagi amaran jangan pandang dia semacam, nanti awek dia marah, hahaha).

Perkara lainnya adalah mengenai orang lain yang buat kerja dengan lambat. Betul lah, Miss Montel sendiri yang mengakuinya. Diorang kalau boleh satu meja nak dekat 10 ke 15 minit. Kalau aku, kata Miss Montel cepat je.

Miss Montel sangat tak percaya aku 23 tahun. Katanya macam belasan saja. Aku cakap la rahsianya adalah senyum selalu
miss montel: oo ceria la rahsianya, patut la kamu selalu ceria.


Hari ini juga aku banyak bersembang dengan Jack. Aku cakap dia nakal, tapi dia tanya dalam inggeris apa. Aku cakap lah naughty. Katanya,

"Saya tak tau sangat baca (cakap) melayu, tapi saya orang Malaysia a..."

Sempat juga dia bercerita masa sekolah, dia kelas dengan geng ja, 7 orang semua dapat F masa PMR. Masa tingkatan 4 tak sekelas dengan kawan2, mula lah gelabah. Dan dia tak ambil SPM okay...

Yang tak seronok?? Eyla dah berhenti, Anne dan Yan juga. Semua tu selepas Apil dipecat oleh Wendy. Bisnes kurang maju alasannya. Mungkin sebab tu kot yang lain ikut berhenti. Aku lah yang tertekan sebab dah janji nak kerja minggu ni tanpa tahu keadaan sebenar. Kesian Apil.... Aku nak ikut sokong diorang juga.

Masalah politik tempat kerja? Ya, sekarang aku dah terasa bahangnya. Cepat la masa berlalu, tak sabar aku nak turut serta mereka itu....

Masa nak balik mulanya Miss Montel nak hantar tapi sebab Bijoe dah datang tak jadi la. Masa aku cakap tu, sibuk si Jack tanya lelaki atau perempuan (dan bersedia untuk cemburu, hehehe). Tersengih dia bila aku cakap perempuan. Miss Montel cakap, Jack ni pasang 3,-4 punya...

**Jack yang sangat comel....!!! haha

Saturday, April 3, 2010

Cepat lah berlalu hai April

0
Kalau sudah namanya bosan, memang melalut lah pasangan serasinya. Hendak ku mengulang kaji apa yang patut untuk temuduga Isnin ni, malaslah pula. Apalah nak jadi dengan kau hai cik Druckuler...
Kau tak patut rasa malas disaat kau semakin tiba dipenghujung kayuhan... Sikit je lagi...
Sekarang bukan masa untuk terperasankan April...

Cepatlah berlalu hai April...

Friday, April 2, 2010

yang mana satu

0
Masa ni aku keliru

yang mana satu aku rindu sebenarnya???

Masa ni juga aku keliru

siapa pula antara mereka buat aku rasa berbunga-bunga???

Masa ni la yang aku keliru

yang mana satu aku nak sebenarnya???

Masa ni la aku celaru

Apa dalam fikiran aku sebenarnya???

A, B, C, D, E ataupun F???

Mak ai... banyaknya

Popular Posts