Saturday, April 10, 2010

fun or not???

0
Hari ini, selepas waktu sekolah aku kerja lagi. Aku dialu-alukan. Miss Montel cakap seronok tengok aku sebab aku buat banyak kerja dengan pantas. Dan lagi, sebab aku, semua orang macam ceria tetiba (tak tau lah betul atau tidak). Tambah beliau lagi, Jack sangat gembira sebab ada aku, masa tu dia sangat terkinja-kinja (tapi Jack bagi amaran jangan pandang dia semacam, nanti awek dia marah, hahaha).

Perkara lainnya adalah mengenai orang lain yang buat kerja dengan lambat. Betul lah, Miss Montel sendiri yang mengakuinya. Diorang kalau boleh satu meja nak dekat 10 ke 15 minit. Kalau aku, kata Miss Montel cepat je.

Miss Montel sangat tak percaya aku 23 tahun. Katanya macam belasan saja. Aku cakap la rahsianya adalah senyum selalu
miss montel: oo ceria la rahsianya, patut la kamu selalu ceria.


Hari ini juga aku banyak bersembang dengan Jack. Aku cakap dia nakal, tapi dia tanya dalam inggeris apa. Aku cakap lah naughty. Katanya,

"Saya tak tau sangat baca (cakap) melayu, tapi saya orang Malaysia a..."

Sempat juga dia bercerita masa sekolah, dia kelas dengan geng ja, 7 orang semua dapat F masa PMR. Masa tingkatan 4 tak sekelas dengan kawan2, mula lah gelabah. Dan dia tak ambil SPM okay...

Yang tak seronok?? Eyla dah berhenti, Anne dan Yan juga. Semua tu selepas Apil dipecat oleh Wendy. Bisnes kurang maju alasannya. Mungkin sebab tu kot yang lain ikut berhenti. Aku lah yang tertekan sebab dah janji nak kerja minggu ni tanpa tahu keadaan sebenar. Kesian Apil.... Aku nak ikut sokong diorang juga.

Masalah politik tempat kerja? Ya, sekarang aku dah terasa bahangnya. Cepat la masa berlalu, tak sabar aku nak turut serta mereka itu....

Masa nak balik mulanya Miss Montel nak hantar tapi sebab Bijoe dah datang tak jadi la. Masa aku cakap tu, sibuk si Jack tanya lelaki atau perempuan (dan bersedia untuk cemburu, hehehe). Tersengih dia bila aku cakap perempuan. Miss Montel cakap, Jack ni pasang 3,-4 punya...

**Jack yang sangat comel....!!! haha

No comments:

Popular Posts