Friday, February 19, 2010

apa yang best dengan merantau jauh???

0
Aku menulis ini bedasarkan pengalaman aku selama lebih kurang lima tahun merantau dinegeri orang. Semua ini semata-mata untuk menuntut ilmu dan merubah taraf ekonomi keluarga aku dan juga bangsa dan agamaku.
Okay, isinya disini pasal seorang kenalan aku yang tinggal di Johor. Katanya dia tak pernah naik bas jauh2 macam aku ni, teringin nak merasa debaran dan keghairahan untuk pulang ke kampung sekali sekala macam aku ni. Alkisahnya seminggu yang lepas dia hantar aku ke Melaka Sentral, demi nak merasa macam mana perasaan tu, beg aku disandangnya sampai tak nak letak kat bawah (aku da suh letak tapi dia tak nak, nasib baik tak berat..). Ada la juga gaya nak naik bas sekali (boleh, ditempat barang...)


with Yogies Yani yang tak pernah merantau...

Dan aku nak ceritakan disini bertapa "best"nya perjalanan aku hari ni, naik bas ke Melaka balik.
Perjalanan aku dari rumah ke 'bus stand' yang kemudian menaiki bas ke Shahab Perdana (45 minit perjalanan).
Setibanya aku, pergi tandas, cheack tiket, naik bas, bas bertolak: semuanya perlu dilaporkan ke rumah (tapi tadi siang aku malas dan hantar mesej untuk semua tu jadi 3 sahaja).
Bas bertolak, 11.20 am (lebih kurang).
Perjalanan terus ke RnR Tapah (3.30 pm), aku masih okay.
Teruskan perjalanan dan singgah dibeberapa tempat untuk menurunkan penumpang.
5.30 pm, aku dah penat dan rasa loya (ah, sudah...), aku ada beli mangga muda tapi tak boleh makan sebab gusi sakit (chait!!).
Entah pukul berapa, aku menyesal ambil bas siang.
6.16 pm, Su mesej tak jadi balik hari ni. (podacit!!!)
7.12 pm, jiran sebelah tanya aku 'simple questions', aku lagi pening... soalan: ini mana? Muar? pkul brapa? malacca (sambil menunjuk ke luar)?
setiap masa, bila nak sampai ni....
8.45 pm, akhirnya sampai juga. Sampai nak muntah, tapi tak terkeluar...

Hm, tak ada apa yang best dengan balik kampung jauh2 ni. Aku selalu berharap ada jet @ satu kenderaan yang laju dicipta dimuka bumi ini...

No comments:

Popular Posts