Monday, March 29, 2010

gitarist hebat + me...gonna miss him

0
Hari ini, aktiviti dipagi hari bermula dengan conference dari Alloy dan Iltizam Perkasa. Aktiviti akademik yang sangat bosan. Ditambah pula dengan mc yang tak best.
Aktiviti petang pula adalah persembahan dari budak-budak INSSO. Dan aku turut serta buat persembahan sebagai wakil Semester 5. Juga turut memenangi tempat kedua (Yeah!!!).
Terasa macam artis sekejap ye.... (gambar terkemudian...)

*****

Selepas mengetahui keputusan persembahan, aku berkejar-kejaran untuk pergi kerja (agak lambat aku sampai). Dengan masalah lain pulak tetiba datang. Rupa-rupanya aku tak bawa pad untuk salinan. Terima kasih to Oni, nasib baik ada bekalan wang ringgit darimu dapatlah jua kiranya aku membeli pad itu(huhu)....
Memang lambat la aku masuk (dan juga sangat selekeh). Nasib baik aku tak ditegur oleh sesiapa yang boleh mematikan mood aku (budak gemok perasan manager).
Tahu kenapa? sebab aku disayangi (eceh...) disebabkan kerajinan dan prestasi aku yang tip top.
Okay, tipu... sebenarnya aku rasa aku dibuli. Sebab ada seorang miss ni cakap,

"Iqa, saya sangat happy aa tengok u..."

aku tanya "Kenapa?"

"Sebab u wat banyak kerja..."

Nampak sangat kenapa aku diperlukan. Sudah lah gaji aku sikit... Seronoknya lah hai diorang buli aku. Aku demand gaji tak layan (sedih...).
Apil, tolonglah sampaikan isi hatiku ini.....
Dan lagi satu hari ni, Jack (dengan muka comelnya) ajak aku duduk makan sebelah dia (haha). Tapi dengan bahasa tubuh jelah. Disebabkan aku malu dan segan sebab kat situ ada salah seorang manager, aku pergi tempat lain (tapi lepas tu macam tak dapat terima kenyataan, haha).
Makan malam sangat tak sedap, tapi aku sangat lapar. Aku gagahi juga makan. Masa yang diambil adalah 20 minit untuk habiskan separuh pinggan (gambar terkemudian juga).

No comments:

Popular Posts