Monday, March 8, 2010

pengalaman yang memenatkan tapi...

0
Wah, dah lama sangatkah aku tak update blog aku? Erm, nak buat macam mana, disamping kesibukkan, aku juga tak ada cerita baru yang menarik. Tapi hari ini, istemewa aku update untuk seseorang yang ternanti-nanti (hehe).

Okay, bermula pada 6hb Mac lepas aku ada apply untuk kerja part time di Jaya Jusco yang baru. Kerja bermula 6.30pm ke 12.00am dan nama kedai tu See u, village steamboat. Pengalaman baru aku yang bagi aku agak menyeronokkan. Tak tau la macam mana nak gambarkan rasa seronok tu, tapi yang pasti tekanan tak ada la teruk sangat sebab kadang-kadang je secara tiba-tiba banyak customer. Kalau rasa penat sangat aku pergi je ke dapur ibarat kata bagai melarikan diri dari kesibukan di depan.
Aku suka, kalau kena tegur terima saja sebab kita baru belajar. Kadang kena tegur bukan kerana salah aku pun, just dengar jela. dalam sibuk-sibuk malas aku nak fikir panjang dan bela diri. Lagipun aku tak kisah sangat kalau dipecat (huh, boleh ke macam ni?~lalala).
Yes, i'm happy being tired every day but i found it really hard to sleep, and sleep well too...
selingan: i love you so much, mak...

No comments:

Popular Posts