Monday, March 15, 2010

keterujaan yang menggembirakan

0
Okay, kat mana nak mula ya? Ada beberapa berita gembira yang aku terima dalam dua dan tiga hari yang lepas, antaranya...

1) Em, mula dari seronok bekerja secara separuh masa la. Okay, kerja ni memang seronok tapi sangatlah sakit kaki. "Sangat" okay... Tambahan pula hari sabtu hari tu aku dapat kenaikan gaji RM 3.50 per hour disebabkan prestasiku yang bagus selama 4 hari (lalala...).

2) Aku menang second place Design competition yang dianjurkan oleh Boonga Art Shoe. Sangatlah teruja dan tak pernah aku rasa tuah macam ni sebab terpilih diantara ramai2 yang hantar penyertaan. Walaupun aku agak kecewa sedikit dengan hadiahnya bukan wang ringgit... kikiki....

3) Erm, rasa macam ada lagi tapi dah tak ingat pula. Kenapa rasa macam happy gila ja sebelum ni?? hairan... hairan... mungkin sebab rasa semakin sihat. Mana tak nya kalau bersenam hari2 dari rumah kekelas, pergi kerja lagi. Bukan ke bagus tu untuk mengeluarkan peluh, jadi semakin sihat la... Alhamdulillah.

4) Rasa macam ada lagi tapi apa ya??? hehe. Oh, baru alu teringat. Boleh rasanya kalau aku nak cerita panjang lebar pasal pengalaman kerja aku kat sini. Tahu apa yang seronok? Melayan pelanggan yang berbagai-bagai kerenah ni sungguh menghiburkan hati.

cerita satu
alkisahnya sup boleh ditambah kalau kuahnya sudah kering. Ada seorang pelanggan cina ni, dia sedang makan kuah kari. Dan dia telah request untuk tambah dengan kuah tom yum bersama clear sup. Aku tak tahu la macam mana rasanya okay...

cerita dua
alkisah seorang pelanggan cina ni, dia tak suka pedas rasanya. Dia suruh aku bagitahu boss suruh kurangkan rasa pedas sebab yang pentingnya bukan pedas tu tapi rasa tom yum... Aku cakap ke?? mestilah tak!! Angguk je depan pelanggan.

cerita tiga
alkisah ini pun pasal dua orang pelanggan cina yang ala-ala orang business macam tu. Masa hantar pesanan dia cakap dekat aku...
"eh, business maju aa... ini kalau buat dalam tempat tertutup macam kaca tu lagi exclusif. Dekat atas tengah ni kasi taruk lampu kaca yang besar tu. Kat sudut tu boleh wat landskap design ala morocco ka... itu bila taruk kaca malam boleh kasi asap, nyamuk suma mati... kaci tau boss aa.. ini wat tak rugi oo... kacitau aa..."
diselang-selikan dengan anggukan aku... pun aku tak kasitau boss.aku rasa ni paling kelakar sampai aku masih lagi tersengih lepas aku beredar dari situ...dan ditegur juge...

dan banyak lagi la ceritera yang lain-lain. Yang menyampah pun ada tapi tak mau la cerita, Spoiled my mood...

Okay la... setakat tu dulu kot rasanya untuk kali ni.
Cau!!!

No comments:

Popular Posts