Thursday, December 30, 2010

kau dekat aku tapi jauh

0
Dulu, sedih sangat bila jauh dengan kau. rasa menyesal sebab mulakan sengketa antara kita. Aku fikir kau memang suka meminggirkan aku bila ada kawan-kawan kau. Aku ambil langkah asingkan diri kalau itu yang terbaik untuk kau dan aku.
Tapi, masa berlalu... Aku mula fikir itu semua salah aku, menghukum kau walaupun kau dah jelaskan keadaan sebenar.
Dan kau dan aku kembali berbaik kemudiannya. Ya, aku bahagia. Setiap detik aku ingatkan diri aku sendiri kebaikan kau. Jadi, kemesraan kembali terjalin.
Hari ni, kau kembali ke perangai lama kau. Ya, memang kau baik orangnya tapi satu aku tak suka (walaupun sebenarnya ada beberapa), kau tak pernah (atau mungkin aku tak sedar) pikirkan tentang aku setiap masa (macam aku selalu terpikirkan kau).
Kau tau tak, setiap cerita gembira dan sedih aku cuma untuk kau. Tapi kau, cerita sedih kau untuk aku, cerita gembira kau untuk orang lain.
Dan hari ni, keputusan kau tak menyebelahi aku. Aku tak dipeduikan macam yang pernah aku rasa suatu masa dulu. Kau dan perangai kau.
Baik, teruskan kau dengan perangai kau tu. Untuk makluman, harini aku menyesal untuk entah untuk kali yang keberapa aku menyesal kerana memilih untuk bergantung kat kau.
Aku akan masih disini tapi aku akan belajar hidup tanpa kau. Biar nanti kau akan sedar kau makin kehilangan aku (sendiri)

No comments:

Popular Posts