Monday, March 29, 2010

gitarist hebat + me...gonna miss him

0
Hari ini, aktiviti dipagi hari bermula dengan conference dari Alloy dan Iltizam Perkasa. Aktiviti akademik yang sangat bosan. Ditambah pula dengan mc yang tak best.
Aktiviti petang pula adalah persembahan dari budak-budak INSSO. Dan aku turut serta buat persembahan sebagai wakil Semester 5. Juga turut memenangi tempat kedua (Yeah!!!).
Terasa macam artis sekejap ye.... (gambar terkemudian...)

*****

Selepas mengetahui keputusan persembahan, aku berkejar-kejaran untuk pergi kerja (agak lambat aku sampai). Dengan masalah lain pulak tetiba datang. Rupa-rupanya aku tak bawa pad untuk salinan. Terima kasih to Oni, nasib baik ada bekalan wang ringgit darimu dapatlah jua kiranya aku membeli pad itu(huhu)....
Memang lambat la aku masuk (dan juga sangat selekeh). Nasib baik aku tak ditegur oleh sesiapa yang boleh mematikan mood aku (budak gemok perasan manager).
Tahu kenapa? sebab aku disayangi (eceh...) disebabkan kerajinan dan prestasi aku yang tip top.
Okay, tipu... sebenarnya aku rasa aku dibuli. Sebab ada seorang miss ni cakap,

"Iqa, saya sangat happy aa tengok u..."

aku tanya "Kenapa?"

"Sebab u wat banyak kerja..."

Nampak sangat kenapa aku diperlukan. Sudah lah gaji aku sikit... Seronoknya lah hai diorang buli aku. Aku demand gaji tak layan (sedih...).
Apil, tolonglah sampaikan isi hatiku ini.....
Dan lagi satu hari ni, Jack (dengan muka comelnya) ajak aku duduk makan sebelah dia (haha). Tapi dengan bahasa tubuh jelah. Disebabkan aku malu dan segan sebab kat situ ada salah seorang manager, aku pergi tempat lain (tapi lepas tu macam tak dapat terima kenyataan, haha).
Makan malam sangat tak sedap, tapi aku sangat lapar. Aku gagahi juga makan. Masa yang diambil adalah 20 minit untuk habiskan separuh pinggan (gambar terkemudian juga).

Thursday, March 25, 2010

still waiting

0
I'm still waiting for my prizes


I know they are busy


But I really need something to make me happy


and cheer up my running days


Still waiting


and


waiting


.....



Monday, March 22, 2010

mummy, i miss u...

0
whatever la.

Walaupun panggilan aku untuk mak adalah "mak" je...

Bukan mummy atau ibu mahupun ummi, inilah panggilan aku kat mak aku masa mengada-ngada.

Dan sekarang aku mengada-ngada kerana aku sangat-sangat merinduinya.

Aku tak nak telefon sebab tak nak dia fikir aku telefon sebab nak duit.

Mak, cik masih boleh berdikari dan berjimat sampai masuk gaji ni.


bukti cik masih boleh bertahan...;)

Saturday, March 20, 2010

HAPPY...!!!

0
Okay, sekarang rasa gatal nak wat post dalam bahasa omputih plak...

Today are not my first day working at that place (kalau salah eja jadi palace). But I fell really excited and happy. Not too busy la today, but really tired. At the same time i'm still happy...
What make me happy?? The Chinese guy name Jack (really cute okay), he just ask for my help then he said to me...


" thank you laling, i love you... muah ( with a flying kiss) "


But suddenly he notice that Apil is next to me... He then said,


" Oh alamak, tak leh, tak leh... nanti Apil marah... "


Whatever la Jack, you just talk by yourself... But you are so cute you know.


*****

Plus, I love to story about the attention seeker. A girl, suddenly ask me,


" Tau tak apa hubungan kita dengan ***?? "


Then I ask back.


" hubungan apa? (semacam ja soalan) "


" Yelah, cousin ke? apa ke? "


" cousin ke? "


" Kitorang cousin. Dan couple, tapi dia tak kasi panggil sayang kat sini. Dia malu. Kita tak suka kawan dengan lelaki, dengan perempuan lagi best. Tapi bukan lesbian, kita suka macam *** tu, perempuan tak sedar diri. Tapi kau tak payah risau, kita takkan suka kau punya. "


What the ....
Who do you think you are. Really proud to be like that? For me, both of them are 'perempuan tak sedar diri' because of them are 'perempuan lanjut usia' at the stage of knowing themself. Whatever lah Old Lady, both of you are messy!! How to act like I'm not standing on their side? Aku tak nak bersubahat...
I don't want to talk about that too much just to give some advise to all people out there, don't you think the person looks like doesn't care like me love to hear the thing like that. And don't you think you are good, hot, great, and etc... I'm a little bit open minded but that doesn't mean I'm love to meet the attention seeker...


~THE END~

Wednesday, March 17, 2010

Putaran Roda

0

Aku dah dapat mengagak hal macam ni akan berlaku. Kegembiraan itu tak semestinya berkekalan. Dan seperti aku beberapa hari ini sudah mula ada tanda-tanda roda putaran aku semakin ke bawah. Sungguh aku rasa macam nak tampar seseorang atau mungkin juga rasa seperti ingin ditampar??
Dari mana mulanya? Aku sendiri tak pasti. Dan yang aku pasti, itu memanglah kurang ajar.
Kalau itu adalah salah kau, kebodohan dan kelalaian kau, tak perlu la kau menghukum orang lain.
Dan kerana kebodohan dan kelalaian kau itu, ia telah mengganggu hidup aku...
Dan yang pasti untuk aku memikirkan itu adalah buang masa tapi kenapa sangat lah sukar untuk aku untuk tidak peduli???
Okay, mungkin juga sebab gusi aku sakit jadi macam tak ada mood sikit. Hm, betul lah kata mak... kalau sakit gigi memang rasa nak tampar orang (lebih kurang dengan gusi la tu).
Tapi rasa malas juga la nak pergi cairex esok (tak ada kaitan) ;D

Popular Posts