Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

selamat memandu...

2
Oh, kenapa posting hari ni sangat bosan tajuknya? Biarlah... ada sesuatu yang penting untuk dikongsi dengan pemandu-pemandu kat Malaysia ni.

Aku seorang penunggang motosikal, aku mengaku aku tak pandai sangat dan ada juga buat salah. Tapi aku tak pernah hon2 orang yang buat salah tau.

Sakit hati aku bila di 'hon' padahal bukan salah kita pun. Bawak slow ikut orang depan pun kena hon...Aku stop kat lampu merah pun kena hon. Bodoh la pemandu kereta tu, nak suruh aku langgar lampu merah la tu. Kalau aku kemalangan, salah siapa?? Kau nak bayar aku??

Ada yang keluar simpang mendadak, nak memotong kat selekoh, menghimpit dan macam-macam la. Macam mana entah dapat lesen.

Aku siap tampal sticker P lagi, jadi bagi can la... Tak payah la kalut nak potong. Motor jugak yang sampai dulu nanti (selit2, biasa la).
Akhir kata, memandulah dengan lebih berhati-hati dan Cool.


Monday, March 8, 2010

pengalaman yang memenatkan tapi...

0
Wah, dah lama sangatkah aku tak update blog aku? Erm, nak buat macam mana, disamping kesibukkan, aku juga tak ada cerita baru yang menarik. Tapi hari ini, istemewa aku update untuk seseorang yang ternanti-nanti (hehe).

Okay, bermula pada 6hb Mac lepas aku ada apply untuk kerja part time di Jaya Jusco yang baru. Kerja bermula 6.30pm ke 12.00am dan nama kedai tu See u, village steamboat. Pengalaman baru aku yang bagi aku agak menyeronokkan. Tak tau la macam mana nak gambarkan rasa seronok tu, tapi yang pasti tekanan tak ada la teruk sangat sebab kadang-kadang je secara tiba-tiba banyak customer. Kalau rasa penat sangat aku pergi je ke dapur ibarat kata bagai melarikan diri dari kesibukan di depan.
Aku suka, kalau kena tegur terima saja sebab kita baru belajar. Kadang kena tegur bukan kerana salah aku pun, just dengar jela. dalam sibuk-sibuk malas aku nak fikir panjang dan bela diri. Lagipun aku tak kisah sangat kalau dipecat (huh, boleh ke macam ni?~lalala).
Yes, i'm happy being tired every day but i found it really hard to sleep, and sleep well too...
selingan: i love you so much, mak...

Friday, February 19, 2010

apa yang best dengan merantau jauh???

0
Aku menulis ini bedasarkan pengalaman aku selama lebih kurang lima tahun merantau dinegeri orang. Semua ini semata-mata untuk menuntut ilmu dan merubah taraf ekonomi keluarga aku dan juga bangsa dan agamaku.
Okay, isinya disini pasal seorang kenalan aku yang tinggal di Johor. Katanya dia tak pernah naik bas jauh2 macam aku ni, teringin nak merasa debaran dan keghairahan untuk pulang ke kampung sekali sekala macam aku ni. Alkisahnya seminggu yang lepas dia hantar aku ke Melaka Sentral, demi nak merasa macam mana perasaan tu, beg aku disandangnya sampai tak nak letak kat bawah (aku da suh letak tapi dia tak nak, nasib baik tak berat..). Ada la juga gaya nak naik bas sekali (boleh, ditempat barang...)


with Yogies Yani yang tak pernah merantau...

Dan aku nak ceritakan disini bertapa "best"nya perjalanan aku hari ni, naik bas ke Melaka balik.
Perjalanan aku dari rumah ke 'bus stand' yang kemudian menaiki bas ke Shahab Perdana (45 minit perjalanan).
Setibanya aku, pergi tandas, cheack tiket, naik bas, bas bertolak: semuanya perlu dilaporkan ke rumah (tapi tadi siang aku malas dan hantar mesej untuk semua tu jadi 3 sahaja).
Bas bertolak, 11.20 am (lebih kurang).
Perjalanan terus ke RnR Tapah (3.30 pm), aku masih okay.
Teruskan perjalanan dan singgah dibeberapa tempat untuk menurunkan penumpang.
5.30 pm, aku dah penat dan rasa loya (ah, sudah...), aku ada beli mangga muda tapi tak boleh makan sebab gusi sakit (chait!!).
Entah pukul berapa, aku menyesal ambil bas siang.
6.16 pm, Su mesej tak jadi balik hari ni. (podacit!!!)
7.12 pm, jiran sebelah tanya aku 'simple questions', aku lagi pening... soalan: ini mana? Muar? pkul brapa? malacca (sambil menunjuk ke luar)?
setiap masa, bila nak sampai ni....
8.45 pm, akhirnya sampai juga. Sampai nak muntah, tapi tak terkeluar...

Hm, tak ada apa yang best dengan balik kampung jauh2 ni. Aku selalu berharap ada jet @ satu kenderaan yang laju dicipta dimuka bumi ini...

Friday, June 19, 2009

working experience

3
this is my first experience on working, i'm a little bit exciting actually. hm, perasaannya sama seperti berniaga pada hari kantin sekolah, hahahaha.... seronok, langsung tak rasa letih, cuma lenguh kaki sebab berdiri. aku dan haynee tak lepaskan peluang untuk buka laptop oni yang aku bawak untuk main game "farm frenzy', haynee yang mulanya tak faham game tu dah jadi ketagihan. kami jugak tak lepaskan peluang untuk cek internet signal kat situ. sungguh mengujakan sebab kat situ memang ada signal internet yang kami boleh jelajahi begitu sahaja. kami pun tak melepaskan peluang. hm, kat atas ni lak gambar macam mana mini donut ini diproses, ada jugak pelancong yang datang beli donut untuk tengok teknologi mesin ini. tak kurang juga penduduk tempatan yang turut terpegun. kami lebih kurang dikagumi oleh pelanggan kerana ada mesin yang canggih, masih muda remaja disamping high tech sebab ada laptop di kiosk kecil kami (walaupun sebenarnya cuma pekerja, boss tak ada) seperti kami ini usahawan muda. prospek pelanggan adalah kanak2, sebab diorang seakan-akan tak senang duduk selagi tak dapat. ada jugak yang mengulang datang beli.



this is me and haynee after sue and onish arrive because haynee punye nset tak dapat transfer gambar kerana tak bawak kabel..(arini plak yang tak bawaknye..)


me as cashier, also good in goreng dougnuts... and melayan pelanggan


my first salary.................. huhhuhuhuhu, my face look very bad...
da comot2, baju dah kena adunan tepung, muka melekit, tudung senget2 dan sebagainya...

Popular Posts