Wednesday, January 20, 2010

Hadis 40 yang ketiga belas

0
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

keterujaan

0
tadi baru ambil laptop yang telah diformat semalam. aku sungguh teruja, sebabnya dalamnya semua tersusun cantik dan tak la rasa semak macam sebelum ni. dan juga, microsoft office pun da ada. murah pulak tu, dalam RM 35 je.



dalam library... adoi, selekehnya...

next target is, i want to buy a handset but still not sure the model... and where to buy. tak pandai la nak survey handset ni... yang penting kamera. aku nak menjalankan idea aku yang bercambah-cambah dalam otakku ini... nantikan kemunculan versi baru hobiku di blogger.com ni...

Tuesday, January 5, 2010

azam baru??

0
sudah beberapa hari berlalu tapi aku masih memikirkan azam tahun baru. ada ke?? ehm, ada tapi tak tau la ada berapa ni. tu la, selagi tak 'state'kan selagi tu la kita tak akan pasti. banyak komen positif dan negatif pasal azam yang aku dengar. yang negatif antaranya: tak berguna berazam kalau yang lepas2 pun tak tercapai... dan lagi, tak guna kau canang2 tapi berubahnya tidak.
dan secara positifnya, aku anggap itu semua cabaran dan supaya kita tak terlupa azam kita.
dan dengan itu, nak juga aku canang2kan selain peringatan untuk aku yang mudah lupa ni juga.

DENGAN INI, saya Nurul Atiqah binti Marzuki berazam....
1. akan menjadi seorang yang KOOL dan CONFIDENT
2. akan berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai target 4.00 GPA
3. akan sentiasa berfikiran POSITIF tidak kira dalam apa jua situasi
4. akan berusaha untuk menjadi yang PANTAS dan TUNTAS dalam mencapai target
5. akan berusaha untuk menjadi gadis yang CANTIK serta menjadi kegilaan muda dan mudi
6. akan belajar untuk MEMAHAMI hati orang lain dan belajar MEMUJUK
7. akan BERKERJA KERAS
8. akan BERJIMAT CERMAT
9. akan berusaha menurunkan saiz badan kepada S
10. akan menjadi lebih MATANG dalam apa jua situasi

aku bertekat untuk menjadikan misi ini tercapai dalam masa 3 bulan dari sekarang, yeah!!

Friday, November 13, 2009

peluang dan harapan

0
Aku sedikit kecewa dengan suara-suara yang cuba untuk menaikkan rasa tidak senang. Aku semakin berani melawannya, sebagai bukti aku sedang berubah sedikit demi sedikit. cuba untuk berlaku seperti biasa walaupun tanpa sokongan yang wajar. aku harap semuanya akan pulih walaupun bukan secara keseluruhannya. dan aku juga berharap kami semua dapat berkongsi rasa.

Dan masalah demi masaalah yang aku hadapi pula, memaksa aku untuk percaya yang rasa sakit dan susah yang kita hadapi itu adalah penghapus dosa-dosa kecilku. dan juga tanda sayang Tuhan terhadap aku, seperti memanggil untuk aku mendekatiNya.

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan kerananya kesalahan-kesalahannya."(HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari)

iaitu, diujinya dengan berbagai cubaan, baik itu sakit maupun selain itu kemudian Allah memberi pahala dengan jalan itu jika bersabar dan mengharapkannya.

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah dari seorang muslim yang tertimpa penyakit, sakit, atau yang semisalnya, kecuali Allah SWT meruntukkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana gugurnya pohon akan daun-daunnya."(HR. Bukhari)

Maksudnya adalah bahwa jika sakit yang diterima teramat sangat, maka Allah SWT akan melipatgandakan baginya pahala. Kemudian ditambah kelipatgandaan itu setelahnya dan berakhir sampai terhapusnya segala kesalahan-kesalahan.

aku sedar aku bukanlah sebaik mana. tapi siapalah kita untuk menilai setiap tindakan orang lain. mungkin juga ada maksud tersirat disebalik tindakan-tindakan yang pada kita teruk itu. dan aku ambil iktibar, dulu aku juga selalu memberikan tanggapan yang negatif terhadap orang dan sekarang aku menyesal kerana sudah terkena pada batang hidung sendiri. aku harap kawan-kawan semua pun akan sedar sebelum tersentap macam aku. bila jad macam ni, susah nak betulkan. sokongan pun kurang, cuma orang yang benar-benar faham akan mengerti.

Aku harap aku akan tabah kerana bukan sekali dua aku terfikir benda-benda yang dilaknat Tuhan. Astagfirrullah, mintak simpang. semoga kita dimatikan dalam iman.

***(Buat yang sedang diuji oleh Allah dengan sakit semoga sentiasa diberi kesabaran. Semoga Allah menggugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan bosan untuk berusaha dan berdoa agar diberi kesembuhan. sama-samalah kita tabah menghadapi ujian)

Monday, November 2, 2009

In my mind

0
Aku agak tertekan sekarang kerana berbagai-bagai perkara dan urusan yang berlegar-legar dikepala otakku sekarang yang mana serabut dengan dua test yang bakal menjelma tanpa ada gap pada 4 dan 5 hari bulan ni tapi baru satu subject yang aku study iaitu personal development itu pun baru separuh tetapi tidak pula aku berusaha untuk menghabiskannya sedangkan aku pun tidak pasti sempat atau tidak untuk cover semua malahan ditambah pula dengan masaalah microsoft word aku yang tidak boleh diedit atau apa-sahaja kerana 'trial' sedangkan aku ada cd tapi tak tahu macam mana nak download jadi tolonglah aku. [satu ayat tanpa titik nih..]

Popular Posts